Blablablurr

Blablablurr
bukan nak merepek, bukan nak merapu. cuma nak kongsi cerita (─‿‿─)

Monday, December 30, 2013

si kecik Haziq


Assalamualaikum
Heyy guys
Kali ny aku nak cerita pasal si kecik yang bernama Haziq
Dia ny actually anak pertama Abg Chik (abg si amin n amza)
si Ajiq kecik ny seriously comel teramat
Tapi , perangai sebijik macam ayah dia n pakcik pakcik dia 
Nakal , degil , mengada , haish rasa nak cubit haha

Tengahari tadi Amin n Ana bawak si kecik ny lawat aku kat kedai
Sampai jea kedai , mulalah nakal dia sampai haha
Tak reti nak duduk diam
Kejap kejap nak lari keluar dari kedai
Ish Ajiq ny , geramm

Then boleh pulak dia jatuhkan dress seksi yang mahal tu
Haha Ajiq ajiq . nak yang seksi jea
Gatal sungguh budak kecik ny :P
Bila aku offer candy kat dia , punya laju datang kat aku
Lepas tu dah makan candy , dia pergi lap mulut dekat baju baju kedai
Dah lap , dia boleh gelak pulak 
Eeeee Ajiqqq kenapa nakal sangat ny ! haha

Dah tak tahan sangat , Ana ajak balik 
Sebelum si Ajiq ny buat benda merepek lagi , baik blah 
Dorang pun duduk tak lama 
Sebab nak bawak ajiq jalan jalan jea 
Hope next time dapat jumpa Ajiq lagi
Nak gy rumah dia , aku macam busy sangat 
Takde masa . wanita bkerjaya lah kata kan haha 
Dah dah . nanti aku bercerita lagi
Byeeee babes ! 


Aku si Makcik , Ajiq dan Ana - Loveyouu Ajiq

Friday, December 27, 2013

Rosak dan rosak ! arghh


Salam guys
Sobs . sedih
Semua nak rosak  
Dah akhir-2 tahun ny
Semua nak punah
Semua tak berfungsi
Dah kenapa
Nak suruh keluar duit beli baru ?
ARGHHHHHH ~ !

Keyboard lappy dah rosak T^T
[O] , [L] , [.] , [9]
Haa yang kat atas ny haa calon-calonnya
Sedih yang teramat sedih
Dah lah gua suka menaip
Then keyboard boleh pulak rosak
Ini semua gara gara lappy lah ny !

Lappy ? kenapa dengan lappy ?
Ah ya , lappy pun dah makin bengong dah ny
Kejap hang , kejap stuck , arghhh
First on kena restart banyak kali baru boleh b'fungsi
Amenda lahh lappy ny
Tengah sengket kau buat hal eh T^T

Tu yang takde mood nak bertaipan tu
Tu yang terbengkalai blog tu
Tu yang tak ter-on FB tu
Semua tu gara gara keyboard n lappy ny haa 
Ini pun malas tak malas jea menaip 
Sebab taknak blog berhabuk .

 Macam mana aku taip ny ?
Haaa , nasib ada screen keyboard ny tau takk
If tak gua taktau lah mcm mana nak menaip 
Dia lah penyelamat sementara nak tunggu lappy ny dihantar ke kedai untuk direpair
*tu pun if aku dah bduit boleh aa hantar haha*

Thankyouu screen keyboard yang dah banyak berjasa :*
  
Akhir kata , gua harap gua dapat duit cepat
Dan mampu repair lappy gua yang makin nazak ny
Takut nanti if dapat degree , kang lagi teruk 
Dah lah 24 jam kena guna lappy kan ? haa
Harap harap cepat lah lappy ny pulihh .


Saturday, December 14, 2013

Senyuman semalam .


Semalam hari paling teruk .
Taklah paling tapi bagi aku sangat teruk .
Masalah datang berganda-ganda
Dan paling teruk aku rasa bila ,
Kita terpaksa senyum dan ketawa
Hanya untuk menutup segala rasa runsing kat hati kita
Pedih . sakit . perit . kan ?

Sehari suntuk aku tutup rasa sakit tu dan terpaksa melemparkan senyuman yang palsu
Penat sangat . aku penat menahan kesakitan yang aku rasa
Tapi semalam , belum sempat mata ni terlelap , 
Airmata aku mengalir dengan laju
Segala kepalsuan yang aku tunjukkan dah tak mampu aku lakukan lagi
Aku luahkan . curahkan segala rasa di hati
Aku menangis . dan terus menangis

Dan hari ini . .
Aku bangun . aku lesu . aku tak bermaya
Mengharapkan semangat kembali hadir ke dalam diri
Agar diri ini mampu lagi berdiri dan menahan segala dugaan yang mendatang
Agar kekuatan dalam diri ini masih mampu untuk melemparkan senyuman palsu
Agar semua orang tau . aku seorang yang kuat dan sentiasa ceria
Walau di hati sebaliknya .

Tuesday, December 10, 2013

Takdir


Cerita yang lama usah dikenang kembali
Jangan diseksa lagi hati yang sering tersakiti
Kembali untuk menerima kebenaran dan kenyataan
Kembali untuk meneruskan kehidupan 


Hidup ini sudah disusun jalan ceritanya
Setiap kisah . ada huraian panjangnya
Allah SWT itu Maha Adil , Maha Mengetahui
Bersedih tidak akan lama . 
Pasti akan ada kebahagiaan yang akan tiba 


Jika sudah takdir untuk bersama , pasti akan bersama
Jika tidak , aku redha dan akan terus menanti
Sehingga aku ketemu kebahagiaan aku sendiri
Dan hati , masa itu kau tidak akan bersedih lagi
Aku janji

SAYU


SAYU
Aku sayu .
Bila hati mula terasa ,
Apa yang pernah aku rasa dahulu


SAYU
Pagi ini sayu .
Sunyi sepi .
Angin membawa rindu lalu


SAYU
Hati sayu .
Bila teringat segala cerita lama
Cerita . cerita antara aku dan dia


SAYU
Bila hati makin terasa
Segala rindu yang dipendam
Hati , hentikan
Jangan sayu lagi
Aku . aku dah lelah
Dah penat . 

Hati , jangan .


Hati ,
Jangan kau cair
Jangan kau kembalikan rasa sakit dan pedih

Hati ,
Kekal kuat
Jangan sesekali terjatuh
Dalam perangkap senyumannya

Hati ,
Cukuplah dengan sengsara sebelum ini
Cukuplah dengan segala rasa derita
Cukup . sudah cukup

Hati ,
Jangan kau seksa
Jangan kau berdegil
Jangan kau terlalu ikutkan kehendak
Jangan . nanti terluka

Monday, December 9, 2013

Aku hari ini .


Heyyy . 
Dan ini hari keempat aku bekerja .
The Boutique Crystal Crown Hotel
Not bad , kerja okay , cumaaa
Arghh BOSAN
Kena jaga butik sorang² sampai pagi ke malam
Bila kosong , kosong habis
Bila ada , ramai sangat pula yang serbu
Pelbagai kerenah dah aku jumpa
Hanya dalam masa empat hari ny .
Pelancong² dari luar negara ny , semua ramah . comel jea aku tengok . 
Ada dari Philippines semalam , masuk butik
Nak beli baju tapi bawa rm100 jea . haha
Memang tak cukup lah kan . soryy madam v.v


PERASAAN ?
Macam macam rasa dah ny .
Stress , nervous , lapar , alone , n alone ? haha
Yalah , first time kan kerja as promoter ny haa . customer pula dari luar negara
Lagi lah bertambah nervouses ==''
Before this gua cuma cashier kat cinema . 
Dapat duit , kira duit , bagi duit . hahh
But this time kena promote .
Lantak , nasib
Ada mood aku promote , 
Takde mood aku cakap "Welcome" "ThankYou" jea


SO FAR semua okay lahh .
Cuma kadang² aku rasa macam nak berhenti 
Kadang² juga aku rasa tak sabar nak kerja dan kerja
Fuhh perasaan ny selalu bertukar tukar
Maybe sebab sorang² kat sini 
Seriously aku cakap
Aku.memang.tak.boleh.duduk.saja.bila.time.kerja
Butik ny pula jarang ada customer
So kena duduk dan duduk dan duduk dari pagi sampai malam
Aku.lagi.rela.kerja.teruk.kerja.berat.dari.duduk.bersahaja.
Kat rumah lain lah cerita . rumah untuk berehat
Ny if kat tempat kerja pun nak rehat , nak jadi apa ?
Arghhhhhh hahaha . aku dah macam orang gila ==''


DAH dan SUDAH
Nak sambung berkerja
Sebab bosan , nak layan cerita 
Bagi hati ny seronok sikit
Takde lah sunyi lagi


BBYE

hapy day , me is Hapyy


SALAM GUYS .

hurayyyyyyyy ~ 
this blog dah boleh di'customize balik . hohohuhuhihi
me so hapy ouh yeahhh :D
so no need dah blog baru . ouh no need
mulai hari ny , this blog akan kembali active . yayy !
ouh yahh , disebabkan blog ny dah boleh diedit bagai , me dah tukar segalanyaa
the design , pictures , link , semualahh . hahh
so no more hernameis-alyn.blogspot.com okay ?
blog tetap yang lama dan sama . 
cuma link jea dah tukar to --> heloblurr.blogspot.com
pendek n senang sikit nak taip , kan ? haha
nyway Blurr is my nickname cuz' um ya . me so blurr n blank n lembap . cehh
EH EH EH EH 
apa pun hope after this me dah tak lenyap balik lah eh .
sebabnyaa , haa kat tempat kerja ny ada wifi free , wuhuuu
boleh lah memblogging 24 hours mcm ny . 
haha I hope so ==''
bbyeeee